Oleh sebab aku pendebat ke-3, jadi aku mulakan la dengan pendebat ke-3 hehhee tugas secara rambang mcm ni la lebih kurang jawab pertikaian pihak lawan yg kita rasakan mampu menimbulkan keraguan dewan, then apungkan kes, bidas hujah n lastly kalau sempat rangkumkan keseluruhan kes pihak lawan...tp sebenarnya banyak sgt teknik yg blh digunakan cuma aku xpndai jelaskan secara tepat huhhu sbgai pendebat ke3, cuba cari soalan2 yg mampu menjerat kes pihak lawan, jgn la tanya soalan yg kita sendiri x arif tentang perkara tersebut..kadang2 orang anggap tugas pendebat ketiga mcm mudah tp hakikat sbnrnya bukan semudah tu..analogi mudah..kalau usul mengenai ayam, pendebat pertama akan jelaskan ciri2 ayam tersebut, pendebat kedua plak akan panjang dan kembangkan lg mengenai ayam tapi pendebat ketiga pihak lawan kena buktikan itu bukan ayam...sukar kan??so jangan pandang enteng tugas pendebat ketiga...
Opss...lupe nk pesan, aku sbnarnya xsuka beberapa perkataan yang digunakan semasa perdebatan berlansung macam 'tidak ada lansung' 'tidak wujud' 'tidak akan' 'jaminan' 'mesti' dan banyak lagi..sebab ape??sbb ssesetengan pihak lawan gemar bermain frasa akan menekan jika kita tersalah sebut,
Contoh: Pendidikan Seks Perlu Dilaksanakan..kerajaan berhujah dapat memberi input dari awal sebagai bekalan ketika dewasa sekaligus dapat mengurangkan seks bebas berlaku...memang hujah ini agak longgar tetapi pihak pembangkang menuntut walaupun pendidikan seks dilaksanakan, ia tidak akan memberi 'jaminan' pengurangan kes seks bebas..hal ini bermakna pembangkang terjerat diri sendiri sebab jika ia mengatakan tiada jaminan, pembangkang pula perlu memberi jaminan bila pendidikan seks dilaksanakan, seks bebas tidak akan berkurang...so....berhati-hatilah ketika berhujah...
Pendebat yang baik bagi aku bukannya seorang yang mampu memberi beratus-ratus fakta, beribu-ribu kes atau berjela-jela penceritaan..tapi pendebat yang mampu mengawal suasana, bermain emosi dewan, memerangkap hujah lawan berdasarkan penjelasan bernas dan mampu membuat kesimpulan dengan cepat tetapi baik, keyakinan tinggi dan sukar goyah..kebanyakan pendebat mudah gelabah dan terpengaruh dengan permainan pihak lawan, jadi hujah sendiri akan kelihatan tidak meyakinkan seisi dewan..jika bertemu lawan yang semuanya serius dan tegas, ada baiknya kita berseloroh agar dewan tidak kebosanan dan teknik ini mampu menarik perhatian hakim, namun berseloroh biar berisi bukannya kosong semata2..
Ini ialah teknik asas membidas..sesetengah hujah boleh dibidas dengan fakta dan adakalanya jika ia status quo tidak boleh dibidas dengan fakta, cuba lihat adakah hujah itu releven atau tidak untuk menyokong usul yang dibentangkan..
Bagi aku lagi..pendebat ketiga yang baik akan membidas hujah pihak lawan dan curi sedikit masa untuk apungkan kes dipihak sendiri...
Contoh: Usul Rukun Negara Masih Dijunjung..kerajaan berhujah pertikaian2 yang melanggar rukun negara sering saja berlaku misalnya terhadap keluhuran perlembagaan..ketua pembangkang berhujah mengenai pertikain tersebut berjaya diselesaikan melalui mekanisme toleransi yang juga termaktub dalam rukun negara kelima iaitu kesopanan dan kesusilaan dan pautannya sikap bertoleransi..pembangkang ketiga selepas membidas boleh mengapuskan kes sendiri untuk menguatkan lagi seperti "kita semua bukan hidup di syurga yang serba sempurna, taktala lidah lagi tergigit, anak dan ibu berselisish pendapat inikan pula hubungan antara kaum..selagi timbul masalah dan ia berjaya diselesaikan, maka rukun negara masih dijunjung. Di negara mana tiada masalah, tiada pertikaian, tiada perselisihan??"
Yang aku bagi tu contoh je, setakat ini je ilmu2 yang aku ada sebab aku pun budak baru belajar, tidak bijak dan masih lagi cetek ilmu, namun aku gemar berkongsi....kepada pendebat2 baru, mari kita sama2 tingkatkan lagi usaha moga2 zaman kegemilangan Abg Tra, Abg Halim, Kak Diana, Kak Mariani, berulang lagi...amin...
No comments:
Post a Comment