Hari ni bufday aku..dh smbut dgn si DIA tadi hehhe gembira rasanya..tetiba aku dpt mseg dari keluarga debat..baru aku sedar selama ini aku kerap sakitkan hati orang..maafkan aku..kadang2 aku marah dan salahkan orang lain bila hadapi kesulitan terutama sekali kekalahan selepas perlawanan..aku terlupa hubungan kekeluargaan, aku terlupa hubungan kawan2..aku terlupa dan campak semuanya semata-mata kerana kemenangan??apa dh jadi dengan aku ni...kalau kerana aku kamu bersedih dan kecewa, aku mohon seribu keampunan..rasanya masalah dalam kekeluargaan ini pun semuanya berpunca dari aku...harap semua jangan membenci aku...
Hari ni aku sedar lagi, apa guna kemenangan bertimbun2, rangkul semua kejuaraan, dapat pendebat terbaik semua perlawanan, tapi kasih sayang tidak terjalin dalam keluarga...iri hati, hasad dengki, benci, meluat, bosan, penat, kecewa, putus asa, tawar hati...semua perasaan negatif merenggangkan lagi hubungan keluarga ini..aku gembira bersama kamu semua, tolonglah buang semua perasaan ini demi kebahagiaan kita semua..kita semua ada kekuatan masing2 dan saling melengkapi...jadi jangan kecewa dan tawar hati, gabungkan semua kekuatan yang ada untuk buktikan Universiti Sains Malaysia bukan tempat mengumpul margin!!
Team Abg Syam, Amir dan Amar...suma mula menempuh kejayaan di akhir pengajian..jelas usaha gigih mereka selama 2tahun di peringkat junior membuahkan kejayaan..kita pun mampu jadi macam 2 asalkan kita tidak berpecah belah...
Hari ini aku sedar lagi, tiada apa yang diharapkan oleh ibu bapa kepada anak2 melainkan kejayaan..mereka tidak pernah mengharapkan sebarang balasan...wang ringgit, harta, rumah mewah, kereta besar...bukan itu yang mereka mahukan, tetapi cukup dengan segulung ijazah untuk membuktikan kejayaan mereka mendidik kita...namun tidak berguna juga sebarang kejayaan jika ibu bapa kerap menangis, terasa hati, kecewa dan pedih dengan sikap anak-anak yang biadap..bertambah remuk hati apabila anak yang dididik dengan ilmu, disuap dengan kasih sayang, dicurah segala pengorbanan namun gagal dalam perjuangan, sudah lah gagal biadap pula...andai aku menjadi ibu bapa suatu hari nanti perkara sama juga aku akan rasai jika mendapat anak2 sebegitu rupa...tapi....yakin lah ibu bapa walau kita derhaka mcm mana sekalipun mereka tetap sayang dan tidak akan tinggalkan kita..aku yakin...
Hari ini juga aku sedar lagi, rupanya aku anak seperti itu..aku hampakan ibu bapa, aku remukkan hati mereka dan aku hancurkan impian mereka...tapi beri aku peluang, aku akan buktikan kepada ibu bapa aku dah berubah..aku tidak lagi seperti dulu..beri aku satu lagi peluang untuk hadiahkan kamu kejayaan,,,beri aku satu peluang lagi untuk membalas jasa setimpal dengan pengorbananmu...aku dh terlanjur, aku dh terkasar...tapi jangan membenci aku...tolong jangan....tapi aku tahu, biar air mata darah sekalipun mungkin sukar kamu akan maafkan semua kesilapanku...tapi aku yakin lagi...peluang untuk memberi kemaafan itu sentiasa wujud di hati kamu..jauh lagi perjalanan hidup ku, gelap gelita tiada petunjuk...bagaimana aku hendak teruskan tanpa kamu??andai benar semua kasih sayangmu padaku sudah tiada..aku sesekali tidak akan mempercayainya...sesekali tidak!!
Dah mengantuk rasanya...semua ahli keluarga ku, kasih sayang perlu wujud antara kita semua dan kehormatan perlu wujud untuk ibu bapa kita...kita terus berusaha dan berusaha buktikan kesungguhan pasti ibu bapa kita akan merasa bahagia apabila segulung ijazah dicapai bermakna berbaloi penat lelah mereka selama membesarkan kita...Pape pun nk cakap SELAMAT HARI LAHIR UNTUK AKU hehhhehe
BELAJAR DARI KESILAPAN
Friday, 8 April 2011
Thursday, 7 April 2011
PENDEBAT KETIGA
Oleh sebab aku pendebat ke-3, jadi aku mulakan la dengan pendebat ke-3 hehhee tugas secara rambang mcm ni la lebih kurang jawab pertikaian pihak lawan yg kita rasakan mampu menimbulkan keraguan dewan, then apungkan kes, bidas hujah n lastly kalau sempat rangkumkan keseluruhan kes pihak lawan...tp sebenarnya banyak sgt teknik yg blh digunakan cuma aku xpndai jelaskan secara tepat huhhu sbgai pendebat ke3, cuba cari soalan2 yg mampu menjerat kes pihak lawan, jgn la tanya soalan yg kita sendiri x arif tentang perkara tersebut..kadang2 orang anggap tugas pendebat ketiga mcm mudah tp hakikat sbnrnya bukan semudah tu..analogi mudah..kalau usul mengenai ayam, pendebat pertama akan jelaskan ciri2 ayam tersebut, pendebat kedua plak akan panjang dan kembangkan lg mengenai ayam tapi pendebat ketiga pihak lawan kena buktikan itu bukan ayam...sukar kan??so jangan pandang enteng tugas pendebat ketiga...
Opss...lupe nk pesan, aku sbnarnya xsuka beberapa perkataan yang digunakan semasa perdebatan berlansung macam 'tidak ada lansung' 'tidak wujud' 'tidak akan' 'jaminan' 'mesti' dan banyak lagi..sebab ape??sbb ssesetengan pihak lawan gemar bermain frasa akan menekan jika kita tersalah sebut,
Contoh: Pendidikan Seks Perlu Dilaksanakan..kerajaan berhujah dapat memberi input dari awal sebagai bekalan ketika dewasa sekaligus dapat mengurangkan seks bebas berlaku...memang hujah ini agak longgar tetapi pihak pembangkang menuntut walaupun pendidikan seks dilaksanakan, ia tidak akan memberi 'jaminan' pengurangan kes seks bebas..hal ini bermakna pembangkang terjerat diri sendiri sebab jika ia mengatakan tiada jaminan, pembangkang pula perlu memberi jaminan bila pendidikan seks dilaksanakan, seks bebas tidak akan berkurang...so....berhati-hatilah ketika berhujah...
Pendebat yang baik bagi aku bukannya seorang yang mampu memberi beratus-ratus fakta, beribu-ribu kes atau berjela-jela penceritaan..tapi pendebat yang mampu mengawal suasana, bermain emosi dewan, memerangkap hujah lawan berdasarkan penjelasan bernas dan mampu membuat kesimpulan dengan cepat tetapi baik, keyakinan tinggi dan sukar goyah..kebanyakan pendebat mudah gelabah dan terpengaruh dengan permainan pihak lawan, jadi hujah sendiri akan kelihatan tidak meyakinkan seisi dewan..jika bertemu lawan yang semuanya serius dan tegas, ada baiknya kita berseloroh agar dewan tidak kebosanan dan teknik ini mampu menarik perhatian hakim, namun berseloroh biar berisi bukannya kosong semata2..
Ini ialah teknik asas membidas..sesetengah hujah boleh dibidas dengan fakta dan adakalanya jika ia status quo tidak boleh dibidas dengan fakta, cuba lihat adakah hujah itu releven atau tidak untuk menyokong usul yang dibentangkan..
Bagi aku lagi..pendebat ketiga yang baik akan membidas hujah pihak lawan dan curi sedikit masa untuk apungkan kes dipihak sendiri...
Contoh: Usul Rukun Negara Masih Dijunjung..kerajaan berhujah pertikaian2 yang melanggar rukun negara sering saja berlaku misalnya terhadap keluhuran perlembagaan..ketua pembangkang berhujah mengenai pertikain tersebut berjaya diselesaikan melalui mekanisme toleransi yang juga termaktub dalam rukun negara kelima iaitu kesopanan dan kesusilaan dan pautannya sikap bertoleransi..pembangkang ketiga selepas membidas boleh mengapuskan kes sendiri untuk menguatkan lagi seperti "kita semua bukan hidup di syurga yang serba sempurna, taktala lidah lagi tergigit, anak dan ibu berselisish pendapat inikan pula hubungan antara kaum..selagi timbul masalah dan ia berjaya diselesaikan, maka rukun negara masih dijunjung. Di negara mana tiada masalah, tiada pertikaian, tiada perselisihan??"
Yang aku bagi tu contoh je, setakat ini je ilmu2 yang aku ada sebab aku pun budak baru belajar, tidak bijak dan masih lagi cetek ilmu, namun aku gemar berkongsi....kepada pendebat2 baru, mari kita sama2 tingkatkan lagi usaha moga2 zaman kegemilangan Abg Tra, Abg Halim, Kak Diana, Kak Mariani, berulang lagi...amin...

ILMU DEBAT SIKIT-SIKIT
Sebelum bercerita panjang lebar, kepada rakan2..bukan niat hati nak tunjuk pandai cuma mahu berkongsi sedikit ilmu..xguna disimpan kalau tidak menyampai..kan3...kepada sesiapa yang tidak bersetuju, xpe la tapi ini teknik dan cara aku hehehe...
Baiklah, sebelum pergi kepada satu-persatu peranan dan tugas setiap pendebat biar aku ceritakan dulu secara umum menurut pemahaman aku...debat memerlukan perasaan dan kasih yang mendalam terutama kepada team mate sendiri, sentiasa membantu dan mem 'back up' pasukan ketika perlawanan, huraian terperinci nanti aku jelaskan dalam peranan pendebat..
Tidak salah bagi aku jika setiap kali perlawanan seseorang itu sasarkan untuk dapatkan "pendebat terbaik" sebab bila kita ada niat mcm itu, hal ini bermakna kita akan buat bersungguh-sungguh dan mahu tunjukkan segala kelebihan yang kita ada..bagi aku ini adalah persaingan sihat sesama pasukan, bukannya mahu menjatuhkan pasukan sendiri..
Tak nafi la debat memerlukan pembacaan yang banyak, pemahaman usul secara terperinci, analisis kes secara kritis dan teknik untuk meyakinkan pihak lawan serta hakim..Tapi bagi aku analisis logik sangat penting sebab banyak keadaan permainan logik berjaya menyelamatkan pasukan terutama sebagai pembangkang..
Sekadar contoh: Jika usul "Rasuah di Malaysia Semakin Kronik", pihak kerajaan membuka kes dengan konseptual peningkatan kes rasuah dengan mengemukakan fakta daripada CPI, hal ini adalah benar rasuah memang MENINGKAT..jadi pembangkang harus menganalisis frasa getir usul iaitu "KRONIK" bermakna sudah tentu ada kesan misalnya rasuah kesannya mesti kepada pembangunan infrastruktur dan pertumbuhan ekonomi negara..jadi jika kerajaan sekadar menunjukkan beratus-ratus fakta kes rasuah, ia belum menjawab frasa "KRONIK"..
Inilah permainan pembangkang, bersetuju dengan mereka memang rasuah meningkat tetapi belum kronik kerana pertumbuhan ekonomi negara tidak terbantut kerana kes rasuah..tunjukkan peningkatan ekonomi negara dari semasa ke semasa dan statistik kes rasuah berdasarkan keseluruhan jumlah misalnya penjawat awam. Contoh: Jika kerajaan tunjukkan 3ribu penjawat awam mengambil rasuah, pembangkang tunjukkan sahaja 3ribu daripada 300 ribu penjawat awam bermakna ia belum mencapai tahap "KRONIK"...
Pun begitu ini bukanlah teknik yang baik di dalam perdebatan kerana pembangkang harus melihat teknikal dan taktikal yang digunakan kerajaan, cari bahagian yang lompong dan gunakan sebagai pertikaian agung.
Pape pun, sebelum aku akhiri post ini, pokok utama dalam dunia perdebatan ialah usaha dan usaha dan usaha untuk tingkatkan pengetahuan sedia ada hehhe pasni aku nak post pulak pasal peranan setiap pendebat...biar la aku xpandai pun janji aku hepy ngeee~~~~~~

FIRST TIME POST
Emm...malas nak kenalkan diri panjang lebar, saje xdapat tidur malam ni terfikir nak create blog..dh lame nk buat tapi xde kesempatan...
Sudah tentu aku akan mulakan dengan perdebatan sebab aku suke sgt berdebat hehe idola aku yg first mesti la Ikhwan Roseli (USIM), Abg Daud (UIA), Nizam Bakeri (UITM), Abg Syam, Amar n Amir (UPM), Abg Tra (USM)....arrggg ramai lg la....aku selalu berazam akan cipta nama dalam arena perdebatan n aku nk julang walau 1 piala jd ar utk USM huhuhu...
Permulaan aku mengenali debat, aku rasa cukup terhina dan terasa hati dengan kata2 sifu aku..DEBATER KAMPUNG, DEBAT KEDAI KOPI, TEAM BODOH, MAT REMPIT KAMPUNG...tp aku jadikan perkara itu positif, aku berusaha setiap hari (termasuk dlm tandas) utk berubah teknik, gaya dan bahasa dan akhirnya aku dapat apa yang aku mahukan..TRIMAS Abg Tra n Abg Halim kerana tanpa kata2 itu x mungkin aku akan berubah hehehe...
Aku xla hebat tapi tidak seteruk dulu, nnt aku akan cuba kongsikan sedikit ilmu yang ada untuk adik2 aku yang baru belajar mcm aku (padahal aku pun 2nd year je) hehehe...Dalam debat aku kenal dan belajar mcm2, sedih, sakit, ketawa, gembira, geram, terharu, semuanya rasa..team mate aku Zimah, Yap, Nana, Afiq, Amar trimas sebab banyak bantu aku..yg lain2 pun Kak Atin, Cerebon, Kak Mariani, Abg Fuad, dan ramai lagi aku sayang korang sebab tahan dengan kerenah dan sikap aku yang aku akui memang teramat menyakitkan hati ngeee~
Ok la...dh panjang lebar mukadimah aku ni, k papai to all....

Subscribe to:
Posts (Atom)